Monday, July 13, 2015

002

Sudah lebih 2 minggu aku di rumah selepas pulang daripada 5 tahun berkelana di negara orang. Sebelum ini, aku memang menantikan masa lapang selepas tamat belajar. Rupanya masa lapang yang kini aku miliki terasa sangat pantas berlari. Bosan juga duduk saja di rumah. Rindu zaman belajar, pergi kuliah, klinik, pergi pasar dan lain-lain. Tunggu posting pun ambil masa kira-kira 4-5 bulan dari sekarang. Apa nak buat ni?

Apa lagi....throwback la haha.

Awal bulan Februari yang lalu....
Aku skip klinik satu hari. Nak tak nak terpaksa juga korbankan Klinik Konservatif memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. 

Kita ulang tayang sekitar 2 Februari untuk melengkapkan sesi throwback ni.
Sakit lama bertandang lagi. aku sampai sudah tiada perasaan lagi nak mengadap sakit ni. Semester akan datang baru sahaja ditunda ke minggu hadapan. Ada hikmah betul sem tunda. Supaya aku bole mengadap sakit ni? Aduhai redha... 

Lama pula kena stay ward. 2 hari. Kesian kawan-kawan yang terpaksa bergilir tidur malam untuk jaga aku. Tebal juga muka asyik menyusahkan mereka. Itu tak cerita lagi bab duit tambang masing-masing. Mana yang aku tahu sudah tentu aku bayar balik. Tapi ada jug yang tolak tak mahu ambil duit aku. Terima kasih banyak kawan-kawan yang sudi tolong. Tak tahu nak balas macam mana. 

Ingatkan lepas keluar ward terus sihat segar bugar. Nampaknya expectation aku meleret jauh. Lepas keluar ward lagi teruk kondisi aku. Mual tak kira masa, terutamanya lepas ambil ubat. Pergi tanya dengan member-member yang ambil medik mereka kata side effect ubat dan suruh aku pergi tukar ubat. Ok ini sebenarnya lawak antarabangsa. Sedangkan aku datang dalam keadaan sakit yang amat pergi emergency pun aku kena tunggu lama untuk doktor attend kes aku, ini pula nak pergi sana minta tukar ubat? Aku malas sungguh nak layan pengurusan pak Arab ni unless kalau memang aku sakit dah tak tahan lah. Penat dah menunggu. Aku faham sangat bab pengurusan diorang ni. Kirim salam je lah. 

So sambung yang tadi....

Sehari tak pergi klinik aku boleh pejam mata lagi. Hari kedua takkan nk skip jugak. Jadinya daripada aku skip kelas, lebih baik aku skip ubat hehe *gelak jahat. Bila aku skip ubat, maka segar bugar badan aku. Esoknya aku dah bole pergi klinik. Requirement banyak kot nak setelkan. Satu klinik itu terlalu berharga untuk di'skip'. Maka bermulalah episod terakhir pengajian aku dalam bidang pergigian ini. Semester terakhir untuk tahun terakhir aku di sana memang banyak sangat cabarannya. Awal-awal semester dibuka masih tenang lagi. Itupun gorupmate aku yang lain dah bawak 2-3 orang pesakit sekali satu klinik untuk approval case. Laju gila diorang ni. Paham je lah masing-masing dah pasang gear 5. Kalau ada yang baru start enjin memang ketinggalan lah kau.

Tahun terakhir ni senario dia berbeza sikit. Aku boleh cakap yang dalam tahun inilah air mata paling banyak gugur, terlalu banyak drama, emosi bercampur baur, kawan makan kawan, sailang pesakit, case tak approve untuk kali ke seratuslimapuluh, rejection, pesakit buat hal datang lambat atau tiba-tiba nak quit treatment, dan banyak lagi kalau nak mention semua alamatnya berjela-jela panjang entry ini. Sekalipun begitu, ada juga side positif yang muncul daripada senario buruk ni. Contohnya, waktu inilah yang membezakan mana satu kaca, mana satu permata, siapa kawan, siapa lawan, siapa baik, siapa jahat, siapa yang penting diri dan siapa yang selalu mendahulukan orang lain. Pehh seram beb bila kau jumpa orang yang kau tengok baik tapi rupanya dia jenis tanam tebu tepi bibir. Kadang-kadang situasi yang menjadikan seseorang itu berubah karakter. Well, aku tetap yakin kalau memang orang tu ada spirit dalaman yang hebat, dia tidak akan berubah hanya kerana keadaan telah berubah. Requirement banyak, masa telah dipendekkan, orang sibuk kejar requirement, nak cari masa study lagi blablablabla total up semua memang STRESSSSSSS. Semua orang stress, emosi terlebih curah, sangat fragile. Untuk graduate bukan mudah sampaikan orang sanggup buat apa sahaja untuk genggam ijazah tu. Kalau pernah jadi student, mesti kau tahu kan?

Siapa pernah sangka semua yang disebut itu telah berjaya dilepasi? Alhamdulillah bersyukur.

Sekarang ini, aku rindu kawan-kawan lama yang jatuh bangun, sudah senang sama-sama untuk mengharungi tempoh pembelajaran sebelum bergelar doktor. Ia kenangan manis yang diadun sebati dengan cabaran dan dugaan pahit. Menjadikannya kenangan terindah untuk sentiasa diulang ingat semula. Semoga jodoh pertemuan kita berpanjangan sampai syurga.

Jadi, apa pula cabaran yang menanti selepas ini? 
Mungkin petir dan guruh yang bakal datang lebih hebat?
Tiada siapa yang tahu.






Friday, July 10, 2015

001

Every ending is the beginning of something new.
All the best for your new phase of life.

sincere,
yourself